"Assalamualaikum Zahrah...dah solat Subuh?" tanya Nisa sambil menggoncang-goncang badan aku.
Kawan aku yg sorang ni memang tak pernah lupa untuk menjenguk bilik aku setiap kali masuk waktu Subuh untuk kejutkan aku bangun menunaikan temujanji wajib dengan Yang Maha Esa.
"Hmmm" jawapku malas.
"Bangunlah Zahrah...nanti habis waktu...berdosa tau tinggal solat."
Aku tersenyum dibawah duvet. Sempat pulak dia bagi tazkirah percuma pagi-pagi buta ni. Aku tarik bantal dan menekup muka dengan harapan Nisa tak nampak yang aku dah bangun dan sedang mentertawakan dia.
"Zahrah, kalau kau tak bangun jugak aku simbah kau dengan air eh...aku warning ni!" ugut Nisa sekali lagi.
"Hoih! Sejuk la! Nak simbah-simbah orang dengan air pula! Aku dah bangun la." terkejut dengan amaran Nisa aku terus bangkit dari katil.
"Kau tu la. Dah besar panjang macam ni pun kena aku jugak kejut kau solat. Nanti kalau kau jadi isteri orang macam mana?" bebel Nisa.
"Alaaa...suami aku kan ada...mestilah dia yang kejutkan aku...takkan la kau nak masuk bilik kami dan kejut aku pulak kot?" saja aku ingin mengusik Nisa.
"Eeee! Menjawap eh dia ni!" kata Nisa sambil mencubit lengan aku.
"Oi! Sakit la. Kalau lebam turun hantaran aku tau! Ni kau dah solat ke? Taknak jemaah dengan aku eh harini? Sampai hati kau taknak kongsi pahala dengan aku kan Nisa. Macam ni la kawan." rungutku sambil mencapai tuala nak ke bilik air.
Nisa tergelak kecil. "Aku uzur la. Suka-suki kau je tuduh aku kan. Ish! Kau solat tu doakan sekali untuk aku eh. Aku ada test pagi ni. Process Control pulak tu. Killer subject aku semester ni. Doakan aku tau Zahrah!"
"Tengok la kalau aku rajin kang..hahaha" usikku sambil berlalu keluar dari bilik menuju ke bilik air.
**********
"That's all for today, guys. Please submit the proposal of your projects to my email before next class. Have a nice weekend. Stay safe." pesan Dr. Richards pensyarah Chemical Plant Design mengakhiri kuliah untuk minggu ini.
Aku memang gemarkan cara penyampaiannya yang bersahaja tapi sarat dengan ilmu. Tambahan pula dia memang friendly dengan pelajar. Jarang sekali aku dan rakan-rakan sekuliah mengalami masalah untuk menyelesaikan tugasan yang diberikan kerana Dr. Richards memang sedia membantu kami. Dr. Richards memang idola aku dan aku bertekad nak jadi pensyarah seperti dia supaya aku dapat mencurahkan ilmu yang aku dapat dibumi Down Under ini untuk anak bangsa.
Pap! Tiba-tiba peha aku terasa pedih.
"Kau mengelamun pasal Dr. Richards lagi la tu!" sergah Nisa.
"Kusemangat! Nisa! Nasib baik aku takde darah tinggi ke sakit jantung ke...kalau tak memang kau dah hilang kawan kau yang baik lagi sopan ni tau!"
"Kau tu...tak sudah-sudah nak berangan pasal Dr. Richards. Aku tengok kau tenung dia sampai boleh tembus tau skrin projector. Apa la yang kau syok sangat dengan Encik Mohd Saleh tu?"
"Encik Mohd Saleh? Siapa pulak Encik Mohd Saleh ni Nisa?" tanya aku dengan blur.
"Ya Allah, Zahrah! Kau ni sah dah angau ni. Encik Mohd Saleh tu Mat Saleh la...Mat Saleh Richards kau tu la! Haish. Dah la...jom kita lunch...tahap blur kau ni tak boleh dilayankan kang ada aku berjangkit sama."
"Kau la merepek...ada ke Encik Mohd Saleh...panggil la Mat Saleh je." tawa mereka memecah kesunyian dewan kuliah yang dah hampir kosong. Semua pelajar pasti sudah menghala ke cafe untuk makan tengahari.
"Hmm...aku bosan la makan dekat cafe uni...kita masak nak Nisa? Aku beli groceries kau masak. Amacam? Lagipun malam ni ada usrah. Kita masak lebih sikit boleh bawak malam ni. Boleh la Nisa...aku mengidam nak makan lasagna Jawa kau." rayu aku kepada Nisa. Sungguh lasagna buatan Nisa memang enak. Walaupun lasagna masakan asli Itali tapi Nisa berjaya mengolahnya menjadikan ianya kena sungguh dengan tekak Melayu aku.
"Eh kau ni...kita masak eh Nisa...tapi lasagna aku yang kau nak...kau beli groceries je pulak tu aku yang masak...apa yang kitanya?" soal Nisa geram.
"Hehe...tak baik tau hampakan hasrat orang yang tengah mengidam...nanti kalau aku dijemput Tuhan baru kau nak menyesal!" gurau aku tanpa berfikir panjang.
Nisa terkedu dengan kata-kataku. "Lagi sekali kau cakap macam tu aku taknak kejut kau subuh. Bergurau ada batasnya Zahrah." pesan Nisa tegas.
"Heleh...kau jugak yang cakap kita kena sentiasa ingat mati...ajal tu bila-bila masa je boleh datang...dahtu yang kau pulak sentap ni kenapa?"
Tanpa menghiraukan pertanyaan aku, Nisa cepat-cepat bangun dan mengarahkan aku untuk sama-sama meninggalkan dewan kuliah itu. Nisa...Nisa... Kau sahabat aku dunia akhirat, InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment